Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia mungkin kerah tentera jika rakyat terus ingkar

Mar 19, 2020 | 02:11 PM



KHIDMAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat rakyat masih tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan.



Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu akan terpaksa diambil demi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal sebaik mungkin, menurut Harian Metro.



Menurutnya, kerajaan akui agak sukar untuk melaksanakan arahan kawalan pergerakan di kawasan kampung kerana kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa kecuali dengan bantuan daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).



“Jika pematuhan masih di peringkat 60 peratus, kerajaan mungkin akan gunakan khidmat anggota tentera untuk melakukan kawalan khususnya di kawasan luar bandar.



“Namun, saya yakin kita tidak perlu sampai ke tahap itu kerana rakyat perlu sedar kepentingan untuk mereka terus berada di rumah sehingga wabak ini dapat dikawal. Kerajaan yakin polis dapat laksanakan (pemantauan larangan kawalan pergerakan),” katanya dalam sidang media khas pada Khamis (19 Mac).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >