Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia pantau keadaan bagi elak 'tadika militan'

May 06, 2016 | 09:44 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia berkata tadika di seluruh negara itu sedang dipantau bagi memastikan mereka tidak dijadikan pusat latihan bagi askar kanak-kanak.



Pengarah Khas cawangan perisikan polis, Datuk Seri Fuzi Harun, berkata demikian kepada laman berita Malaysian Insider pada Khamis (5 Mei), berikutan ribut dalam talian mengenai gambar yang menunjukkan kanak-kanak tadika Malaysia memakai pakaian seragam tentera dan mengangkat senapang mainan, bersama dua wanita yang kelihatan seperti guru mereka.



Beliau berkata polis telah memantau tadika tertentu, di Bandar Sri Damansara di luar Kuala Lumpur, sejak tahun lepas.



"Kami telah menyiasat sekolah itu dari tahun lepas. Jika kami mendapati cukup bukti yang mencadangkan ideologi (militan) diajar, kami akan bertindak ke atas mereka," kata Datuk Seri Fuzi memberitahu Malay Mail Online ketika dihubungi.



Gambar itu, dan satu lagi yang menunjukkan kanak-kanak perempuan tadika mengibar bendera Palestin dan dua wanita memakai ikat kepala tertera tulisan Arab, mencetus kemarahan netizen selepas ia dipapar di Instagram.



"Saya terkejut apabila melihat gambar-gambar itu. Apa yang saya bimbang ialah mereka kelihatan sedang melatih anak-anak menjadi pengganas. Mereka memegang senjata api," kata peguam Siti Zabedah Kasim kepada akhbar The Star.



Beliau membangkitkan isu itu dengan menyiarkan gambar-gambar tersebut di akaun Facebooknya.



Cik Zabedah menambah: "Warak ialah berbuat baik, bukan bertindak seperti anda dalam tentera."



Seorang pembaca akaun Facebook beliau menulis "walaupun anda menyokong Palestin, ini bukan caranya, ini seperti ISIS", merujuk kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria.



Datuk Seri Fuzi berkata pada Januari polis telah menggagalkan percubaan militan ISIS menubuhkan sebuah pusat latihan pengganas bagi kanak-kanak di Malaysia.



Malay Mail berkata pemeriksaannya mendedahkan beberapa guru tadika, salah seorang daripada mereka bekerja di tadika Kota Damansara, memuat naik gambar-gambar itu ke akaun Instagram mereka.



Pengetua tadika itu memberitahu akhbar New Straits Times pada Khamis kanak-kanak tersebut mengambil bahagian dalam sebuah drama mengenai konflik Israel-Palestin pada 2014.



Guru yang menyiarkan gambar itu di Instagram berhenti Februari lalu, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >