Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Malaysia perlu media bebas, berani untuk bersuara

May 28, 2023 | 12:24 PM



IPOH: Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah, kata Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Encik Fahmi Fadzil.

Beliau berkata media sedemikian diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah ia juga bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.

“Malaysia ditempatkan di kedudukan ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders, kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai Malaysia tahun-tahun sebelum ini, dan ia tidak seharusnya dipandang enteng, kerana masih ada banyak usaha yang perlu dilaksanakan.


“Jadi saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, rakan-rakan media dapat duduk berbincang, mencambah buah fikiran, yang bukan sahaja akan dapat meluaskan pandangan kita, tapi juga akan mencari ikhtiar mengenai apa yang perlu kita lakukan demi masa depan industri ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Forum Media HAWANA 2023 di sini.

Encik Fahmi berkata selaras dengan pertumbuhan pesat penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk dalam industri media, pengamal media digesa membantu kerajaan Malaysia memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu dikaji.

“Hari ini beberapa cabaran yang kita hadapi kini termasuk pertumbuhan pesat penggunaan AI, dan kita telah lihat bagaimana banyak negara sedang bergelut dengan persoalan mengenai Kecerdasan Buatan ini, sama ada dalam media mahupun di peringkat kerajaan.

“Namun bagi banyak pihak, banyak negara, persoalan ini tidak ditangani, jadi saya harap rakan-rakan media yang berada di sini hari ini juga akan membantu dalam memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu kita kaji, sama-sama memikirkan dan menerima pakai, dalam memastikan etika semasa AI ditangani secara menyeluruh oleh kerajaan,” katanya.

Oleh kerana perubahan besar dalam landskap media menyebabkan pihak media tidak mempunyai pilihan selain daripada mengikuti trend semasa, Encik Fahmi menggesa media tradisional untuk berinovasi dan berubah, seperti menggunakan teknologi baharu dan menerima platform dalam talian.

“Adalah penting bagi mereka untuk mempunyai kandungan yang menarik dan penceritaan yang hebat lebih menonjol berbanding yang lain. Peranan media sosial yang besar dalam kehidupan orang ramai telah menimbulkan satu lagi kebimbangan, yakni penyebaran berita palsu dan maklumat salah,” katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >