Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia perluas ujian saringan Covid-19 buat pekerja asing

Jan 30, 2021 | 08:21 PM



IPOH: Malaysia akan memperluaskan program ujian saringan Covid-19 bagi pekerja asing serata negara ini mulai Selasa (2 Februari), kata Menteri Seumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, pada Sabtu (30 Januari) dalam kenyataannya.



Program ini melibatkan 800,000 warga asing yang bertugas di Malaysia dan fokus pada empat negeri berisiko tinggi dan dua wilayah persekutuan, jelas beliau.



Negeri-negeri yang dimaksudkan adalah Selangor, Negeri Sembilan Pulau Pinang, Sabah dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.



Malaysia mempunyai sekitar dua juta pekerja migran yang bekerja di negara ini secara sah, kebanyakannya di kilang, ladang dan tapak binaan, sebagai pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan pejabat.



Kes Covid-19 mencatat rekod jangkitan baru sebanyak 5,749 pada Sabtu (30 Januari), dengan jumlah keseluruhan kes koronavirus ini sudah mencecah 209,661 kes.  



Terdapat beberapa penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing sejak beberapa minggu lalu termasuk dalam kalangan pekerja di kilang sarung tangan di Klang, Selangor, pengawal keselamatan di pusat beli-belah di Johor Bahru dan pasar borong di Kuala Lumpur.



Program ujian koronavirus ini akan dipimpin dan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) pemerintah dengan kerjasama klinik swasta, kata Datuk Seri Saravanan.



Beliau menambah Socso telah menambah RM54 juta ($17.7 juta) bagi memperluas program ujian saringan ini yang memanfaatkan kit ujian pantas antigen yang dibiaya Socso.



Namun, pihak majikan diperlukan untuk membayar sebarang bayaran yang dikenakan klinik dengan mereka juga perlu menanggung kos keseluruhan ujian saringan bagi pekerja asing ini yang tidak menyumbang pada Socso. - The Star/Asia News Network



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >