Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia pertimbangkan larangan terhadap vape setelah laporan kematian di AS

Oct 15, 2019 | 12:09 PM



KUALA LUMPUR - Malaysia pertimbangkan larangan terhadap penjualan rokok elektronik, kata Kementerian Kesihatan semalam (15 Oktober), menyatakan laporan kematian yang meningkat di Amerika Syarikat dikaitkan dengan e-rokok dan vape.





Sehingga Jumaat lalu (11 Oktober), pihak berkuasa AS telah melaporkan 29 kematian dan 1,299 kes penyakit pernafasan berkaitan dengan penggunaan e-rokok dan vape, walaupun  dalam usahanya untuk mengetatkan lagi peraturan.



Malaysia sudah pun memuktamadkan undang-undang yang akan melarang penggunaan kesemua produk rokok, termasuk e-rokok dan vape dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan melarang promosi dan pengiklanannya.



Namun, kini Malaysia mempertimbangkan larangan sepenuhnya terhadap alat itu, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad di sidang parlimen.



“Kajian menyeluruh diperlukan untuk mengkaji semula keperluan untuk menguatkuasakan larangan penuh terhadap penjualan rokok elektronik dan vape,” katanya, dan menambah bahawa kementerian sudah menubuhkan jawatankuasa untuk tangani hal ini.



Produk tembakau di Malaysia kini dikawal di bawah Akta Pemakanan sementara penjualan cecair vape mengandungi nikotin telah dilarang semenjak 2015.



Namun, tiada kawalan tertentu mengenai penjualan dan penggunaan vape yang tidak mempunyai nikotin atau e-rokok.



Industri vape di dunia, yang tumbuh pesat, telah menerima tindak balas negatif oleh orang awam kerana bilangan pengguna muda yang meningkat.



India, yang mempunyai jumlah perokok terbesar kedua di dunia, melarang penjualan e-rokok bulan lepas, dengan amaran bahawa vape merupakan wabak dalam kalangan belia. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >