JOHOR BARU: Kerajaan Malaysia bersedia mengumumkan yuran permit masuk kenderaan (VEP) untuk kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru.
Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, berkata pengumuman itu akan dibuat sebaik sahaja Kerajaan Malaysia memutuskan kadarnya.
"Bila dan di mana pengumuman itu akan dibuat terpulang kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita sewaktu perasmian Forum Pengeskport 2014 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
Bulan lalu, semasa melawat Johor, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan bayaran VEP untuk semua kenderaan asing yang memasuki Johor.