SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Malaysia sekat penerbangan keluar masuk India mulai 28 April

Malaysia sekat penerbangan keluar masuk India mulai 28 April

Apr 26, 2021 | 11:14 PM

Malaysia sekat penerbangan keluar masuk India mulai 28 April

Foto agensi berita
Foto agensi berita -

PETALING JAYA: Malaysia akan menghalang secara sementara penerbangan dari dan menuju ke India pada Rabu (28 April) bagi menghentikan varian Covid-19 baru daripada menular di negara itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kapal dan warga India dengan permit kerja Malaysia juga dilarang masuk, tambahnya pada Isnin (26 Februari).

Dalam memberi butiran harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (NSC) bersetuju dengan usulan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan bagi mengekang mereka dari India.

Sungguhpun demikian, pengecualian diberi buat warga Malaysia yang ingin kembali ke negara itu tetapi mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sejurus memasuki negara itu.

"NSC bersetuju untuk menyekat secara sementara penerbangan dari dan menuju ke India. Semua pengembara yang bermula daripada sebarang destinasi India, secara penerbangan langsung atau transit, dihalang masuk ke Malaysia," ujarnya. - The Star/Asia News Network

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg