Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia tangkap 4 orang kerana disyaki ada kaitan dengan ISIS

Feb 01, 2017 | 09:30 AM



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia menangkap tiga lelaki kerana disyaki ada hubungan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kata polis pada Selasa (31 Feb).



Malaysia berjaga-jaga sejak serangan pada Januari tahun lepas di Jakarta oleh militan yang dikaitkan dengan ISIS.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek ditangkap dalam tiga serbuan berasingan dari Jumaat hingga Ahad lalu.



Polis turut merampas selaras senapang patah dan senapang angin.



Tan Sri Khalid tidak mengenal pasti suspek, tetapi berkata salah seorang daripada mereka, seorang warga Malaysia berusia 38 tahun, mencatatkan perancangan bagi melakukan serangan bom di Kuala Lumpur di laman Facebooknya.



Seorang lagi suspek ialah warga Indonesia yang mempunyai dokumen tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.



Dia dan suspek ketiga, seorang lagi rakyat Malaysia, dipercayai merancang menyertai militan ISIS di Syria, kata Tan Sri Khalid.



Ketiga-tiga mereka menghadapi tuduhan disyaki terlibat dalam pengganasan, katanya.



Malaysia belum mengalami sembarang serangan militan serius, tetapi pihak berkuasa berkata mereka telah menggagalkan beberapa rancangan.



Tujuh orang cedera dalam letupan bom di sebuah bar di Puchong Jun tahun lalu, dalam serangan yang ISIS dakwa dilakukannya.



Minggu lepas, pihak berkuasa berkata mereka menahan empat orang yang ada kaitan dengan sel ISIS yang berpangkalan di selatan Filipina. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >