KUALA LUMPUR: Malaysia komited mahu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dengan segala kemampuan bersama Australia dan China, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata operasi mencari dijangka tamat tahun ini, justeru berharap pesawat malang terbabit dapat ditemui di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, lapor Berita Harian Online semalam.