JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan surcaj $10 kepada pengguna kad Touch n Go yang membuat pengisian semula di kaunter Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad, berkata ini merupakan satu daripada cadangan yang dibincangkan dalam isu menangani kesesakan lalu lintas di kedua-dua pintu masuk berkenaan.