Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Malaysia yakin MH370 akan ditemui

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Malaysia yakin MH370 akan ditemui

May 02, 2014 | 03:48 PM

KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi yang memasuki hari ke-56 diyakini berada di landasan yang betul.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya operasi yang memasuki fasa baharu dengan memberi tumpuan kawasan dasar laut lambat laun akan menemui pesawat berkenaan.

"Saya yakin kita berada di landasan yang betul tetapi bakal berdepan cabaran besar.

"Dengan lebih ramai rakan turut serta selain pakar-pakar yang memastikan kita fokus kepada tugas tersebut, saya yakin lambat laun kita akan menemui pesawat MH370," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dan Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec, di sebuah hotel di sini Kuala Lumpur. - Utusan Online.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3