Maliki akhiri lawatan pengenalan ke Uzbekistan
Apr 07, 2019 | 05:30 AM
MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah melakukan lawatan pengenalan ke Uzbekistan bagi memperkukuh hubungan antara kededua negara mulai 2 April hingga kelmarin.
Di Tashkent, beliau mengunjungi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Uzbekistan, Encik Jamshid Kuchkarov, dan mengiktiraf kerjasama yang semakin berkembang antara kededua negara dalam sektor pelancongan, perniagaan dan pendidikan.