SINGAPURA dan Laos mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh semasa lawatan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, ke ibu kota negara itu, Vientiane.
Dr Maliki, yang mengunjungi Laos pada Isnin dan kelmarin, berkata beliau menemui Menteri Ehwal Luar Laos, Encik Saleumxay Kommasith, dan Menteri Pertahanan Negara, Jeneral Chansamone Chanyalath, dalam lawatannya itu.