Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki: Lawatan ke Saudi hasilkan perkongsian pandangan yang baik

Jan 24, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman menyambut baik peluang dapat bertemu dengan beberapa menteri Arab Saudi dalam lawatan rasminya ke negara Arab itu baru-baru ini.



Beliau telah melawat Riyadh, ibu kota Arab Saudi sebagai sebahagian daripada anggota delegasi Timbalan Perdana Menteri Encik Tharman Shanmugaratnam.



Semasa lawatan rasmi tiga hari yang berakhir Isnin lalu, Dr Maliki telah berjumpa dengan beberapa menteri Arab Saudi untuk meneroka peluang untuk memperkukuh hubungan dua hala yang lama dan mesra dengan satu daripada 20 ekonomi terbaik dunia.



Dalam laman Facebooknya, Dr Maliki turut menulis tentang pertukaran pandangan yang baik antara Singapura dengan Arab Saudi mengenai pelbagai isu.



"Kita juga mengadakan perkongsian pandangan yang baik berhubung pembangunan Timur Tengah dan ancaman ekstremisme yang ganas di rantau masing-masing," tulisnya.



Semasa lawatan itu, delegasi Singpura yang diketuai Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial juga telah bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi.



Putera Mohammad merupakan arkitek di sebalik pelan transformasi ekonomi bagi Visi Saudi 2030.



Encik Tharman turut menyampaikan undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong supaya Putera Muhammad Bin Salman melawat Singapura pada masa yang sesuai untuk kededua pihak.



Selain itu, Encik Tharman turut bertemu beberapa menteri Saudi lain, termasuk Menteri Tenaga, Perusahaan (Industri) dan Sumber Mineral, Dr Khalid Al Falih; Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Dr Majid Al Qasabi; Menteri Ehwal Luar, Dr Ibrahim Al Assaf; dan Menteri Pendidikan, Dr Hamad Al Sheikh.



Beliau juga telah bertemu Pengarah Urusan Dana Pelaburan Awam Yasir Al Rumayyan dan Gabenor Kewangan Arab Saudi, Dr Ahmed Al Kholifey.



Perbincangan yang diadakan bersama pemimpin Saudi memberi tumpuan kepada cara konkrit memperdalam penglibatan ekonomi dan kerjasama dalam pendidikan dan bidang lain serta bagi memanfaatkan Majlis Kerjasama Teluk-Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura.



Encik Tharman juga telah menerima maklumat terkini mengenai kemajuan pembaharuan ekonomi dan sosial Arab Saudi.



Selain Dr Maliki, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon serta beberapa pegawai Kementerian Ehwal Luar, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS) turut mengiringi Encik Tharman dalam kunjungan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >