Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mampukah Belanjawan 2024 kemudi M’sia hadapi dunia penuh kacau?

Oct 22, 2023 | 05:30 AM



Saban tahun Menteri Kewangan akan membentangkan belanjawan negara dan setiap tahun juga rakyat akan menunggu apa imbuhan untuk mereka.

Falsafah penting sebagai kerajaan dalam membelanjakan hasilnya tentu memastikan setiap isi rumah mendapat manfaat atau lebihan pendapatan bagi perbelanjaan seharian.

Perlu diingat apabila kita bercakap pengurusan isi rumah, kos sara hidup adalah elemen terpenting. Ditegaskan bahawa menjaga kos sara hidup seisi rumah adalah tanggungjawab kerajaan yang mempunyai kuasa dalam menentukan dasar dan polisi ekonomi.

Tiada gunanya negara mempunyai pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tinggi, tetapi ekonomi isi rumah terhimpit! Keluarga daripada ibu bapa dan anak setiap bulan tidak ada lebihan untuk tabungan, malah lebih parah sentiasa defisit hingga terpaksa berhutang.

Apa diperlukan sebuah isi rumah? Sudah tentu paling utama ialah keperluan makanan. Rakyat mahukan bekalan makanan sentiasa tersedia dengan harga berpatutan.

Kedua, rakyat memerlukan pendidikan berkualiti, justeru kerajaan bertanggungjawab memberikan akses pendidikan asas secara percuma kepada rakyat.

Ketiga, apabila sudah ada pendidikan, rakyat mahukan pula pekerjaan dengan gaji bermaruah.

Keempat, apabila sudah mempunyai pekerjaan, rakyat perlu pula tempat tinggal selesa.

Inilah sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan. Jika ini tidak dipenuhi, kerajaan itu gagal.

Justeru, adakah Belanjawan 2024 memenuhi falsafah saya nyatakan itu? Jelas, fokus utama Belanjawan 2024 adalah untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan subsidi bersasar. Peningkatan hasil konsisten dari tahun ke tahun meningkatkan keupayaan kerajaan menterjemahkannya melalui peningkatan upah dan gaji pekerja.

Ini juga terbukti apabila hasil negara diunjurkan asalnya pada 2023, iaitu RM291.5 bilion ($84 bilion) diunjurkan semula kepada RM303.2 bilion. Ini bermakna ada peningkatan hasil ketara. Ini satu peningkatan baik.

Usaha kerajaan seterusnya adalah mengurangkan subsidi. Ini menjadi langkah sangat penting dalam belanjawan kali ini kerana dijangkakan subsidi akan membengkak hingga mencecah RM81 bilion!

Menteri Kewangan juga berjanji apabila subsidi dikurangkan kepada golongan maha kaya dan mewah, maka lebihan hasil nanti akan dikembalikan kepada rakyat melalui Bantuan Tunai Rahmah.

Bagi 2024, anggaran hasil negara ialah RM307.6 bilion, bermakna ada peningkatan daripada RM303.2 bilion pada 2023. Dengan anggaran hasil ini, belanja mengurus ialah RM303.8 bilion dan belanja pembangunan (RM90 bilion) berbanding RM99 bilion pada 2023.

Ini bermaksud belanja pembangunan turun RM9 bilion, walaupun dianggarkan hasil negara akan meningkat pada 2024. Dalam mana-mana belanjawan, fokus utama ialah belanja pembangunan kerana mempunyai impak langsung kepada rakyat melalui peningkatan aktiviti ekonomi dalam negara.

Tingkat perbelanjaan pembangunan

Apabila aktiviti ekonomi cergas, rakyat berniaga akan mendapat tempiasnya melalui kontrak kerajaan. Kerajaan tidak sepatutnya mengurangkan perbelanjaan pembangunan, terutama dalam ekonomi gawat kerana pengurangan perbelanjaan pembangunan kerajaan akan memberikan kesan kepada syarikat mengharapkan kontrak kerajaan.

Apabila kontrak kerajaan berkurangan, hasil syarikat akan berkurangan. Jika hasil syarikat berkurangan, kemungkinan besar pekerja syarikat terpaksa dikurangkan.

Kita memahami pengurangan belanja pembangunan adalah bagi mengurangkan defisit negara, tetapi dalam keadaan ekonomi getir, perbelanjaan perlu ditingkatkan, bukan untuk berjimat.

Antara inisiatif lain yang mempunyai kesan terus kepada ekonomi rakyat ialah usaha memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang banyak membabitkan Bumiputera.

Tahun hadapan, kerajaan menyediakan RM44 bilion sebagai kemudahan pinjaman perniagaan untuk direbut dan disambut usahawan PMKS.

Satu jumlah agak besar membuktikan kerajaan Madani sentiasa cakna kepada PMKS, terutama perniagaan membabitkan Bumiputera. Begitu juga bantuan kepada pesawah dan nelayan tetap diteruskan dengan meningkatkan harga lantai padi.

Saya juga tertarik dengan strategi memberikan insentif kepada aktiviti hiburan seperti pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas artis tempatan dan pengurangan 5 peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan dalaman dan simulator.

Dalam keadaan rakyat berduka keadaan ekonomi semakin suram sekarang, diharapkan rakyat dapat berhibur dan melupakan kedukaan harian sebentar.

Buat anggaran lebih tepat

Bagi meningkatkan lagi kualiti pembentangan belanjawan, saya mencadangkan molek sekiranya pada belanjawan tahun hadapan Menteri Kewangan boleh membentangkan dalam Parlimen adakah anggaran hasil digunakan untuk membentangkan Belanjawan 2024 ini tepat dan realistik atau tersasar.

Jika tersasar, berapa peratuskah dan apakah faktor menyebabkannya tersasar. Ini penting supaya rakyat dapat menilai adakah anggaran hasil dibuat itu realistik atau hanya melepaskan batuk di tangga. Dengan cara ini, rakyat dapat menilai kemampuan kerajaan membuat anggaran dan sasaran, iaitu kemahiran penting dalam membuat perencanaan penting seperti belanjawan ini.

Berdasarkan beberapa fakta saya utarakan di atas, terpulang kepada kita untuk menilai, sama ada Belanjawan 2024 ini adalah belanjawan yang efektif dan objektif atau tidak. Moga Malaysia terus cekal dan tekal untuk menghadapi dunia penuh kekacauan pada tahun mendatang.

Sedutan rencana tulisan Mohd Jamizal Zainol disiarkan di Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >