PEJABAT-PEJABAT kerajaan Negeri Johor membuka pintu kepada orang ramai pada hari Ahad - hari pertama sejak negeri itu menukar cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu.
Langkah itu mempermudah rakyat Singapura melaksanakan urusan dengan kerajaan negeri seperti membayar cukai pintu atau bil elektrik bagi kediaman mereka di Seberang Tambak.
Namun tinjauan Berita Harian menunjukkan bank-bank di Johor terus ditutup.