Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir di Australia kecewa bantuan tiba lewat

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Mangsa banjir di Sydney Australia semakin kecewa terhadap usaha pemulihan dan bantuan yang amat perlahan.



Kekecewaan itu timbul sedang mereka bersiap sedia menghadapi hujan lebat dalam tempoh dua hari ini yang dijangka menyebabkan banjir kilat dan menghalang rancangan pembersihan yang sedang dilakukan.



Beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka setelah berlaku hujan lebat dan banjir sejak akhir bulan lalu.



Cuaca buruk itu telah menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan secara meluas di Queensland dan New South Wales (NSW), menghentikan perjalanan ke bandar, menghanyutkan haiwan ternakan dan membanjiri ladang dan jalan raya.



Jumlah korban akibat banjir meningkat kepada 18 orang selepas lelaki di dalam kereta yang hanyut ditemui di Queensland kelmarin.



"Ini adalah banjir yang amat dahsyat," kata Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison.



"Kami belum pernah melihat banjir sebegini teruk. Saya memahami kekecewaan yang telah diluahkan (penduduk)," tambah beliau.



Lebih ramai anggota pasukan pertahanan telah dihantar serta-merta ke kawasan yang dilanda banjir untuk membantu usaha pemulihan, kata Encik Morrison, yang ketinggalan dalam pengundian menjelang pilihan raya persekutuan yang dijadualkan Mei ini.



Penduduk telah meninjau kerosakan hujung minggu ini sambil membersihkan serpihan dan kerosakan selepas paras air surut di beberapa tempat.



"Selama seminggu kami tidak mempunyai perhubungan, tiada makanan atau bahan api... ia membimbangkan dan membuat kami lebih emosi," kata seorang penduduk di bandar Murwillumbah, utara NSW, antara tempat yang paling teruk dilanda banjir, memberitahu penyiar ABC.



Bekalan kuasa dan internet masih terputus di beberapa bandar oleh kerana pekerja kecemasan sedang cuba membersihkan jalan untuk menghantar bekalan penting.



Perdana Menteri NSW Encik Dominic Perrottet berkata pemulihan boleh mengambil masa bertahun-tahun dengan sekitar 2,000 rumah kini tidak boleh didiami.



Majlis Insurans Australia menganggarkan tuntutan semasa akibat banjir pada AUS$1.3 bilion.



Penanggung insurans setakat ini telah menerima 86,703 tuntutan, meningkat 28 peratus berbanding Jumaat lalu, katanya.



Hujan telah reda sejak dua hari lalu namun biro kaji cuaca mengeluarkan 'amaran serius' untuk beberapa kawasan di NSW, termasuk ibu negeri Sydney. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >