KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus meningkat sedang Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran hujan lebat peringkat jingga di pantai timur dan selatan negara ini dijangka berterusan semalam.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi semalam kepada 1,704 orang daripada 503 keluarga berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin.