KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan meningkat kepada 2,744 orang, berbanding 1,763 orang malam kelmarin.
Semua mangsa banjir membabitkan 744 keluarga ditempatkan di 32 PPS di tujuh daerah, sehingga 8 pagi semalam.