Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Mangsa gempa Jawa Barat rayu bekalan makanan, air

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Mangsa gempa Jawa Barat rayu bekalan makanan, air

Khemah bocor; penduduk menanti ubat dan gali timbunan cari pakaian ganti
Nov 24, 2022 | 05:30 AM

CIANJUR, Indonesia: Para penduduk yang terselamat daripada kejadian gempa bumi di Indonesia yang meragut 268 jiwa, semalam merayu untuk mendapatkan bekalan makanan dan air, sedang pasukan penyelamat meneruskan usaha membersihkan kampung-kampung sambil berharap menemui mangsa yang masih hidup.

Rayuan bantuan itu dibuat sedang pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya segera dibersihkan kawasan yang mengalami tanah runtuh akibat gempa kuat yang melanda kota Cianjur di Jawa Barat itu.

Kerja-kerja itu perlu disegerakan sebelum terjadi hujan lebat yang diramalkan dalam beberapa minggu ini, bagi mengelakkan terjadinya bencana kedua pula.

Dua hari selepas gempa berlaku yang memusnahkan banyak rumah, para penduduk masih cuba mencari dan menyelamatkan barang-barang berharga mereka, termasuk foto-foto keluarga, kitab-kitab agama dan sijil nikah.

"Walau sudah ada bekalan yang tiba, ia masih belum mencukupi. Kita punya beras, mi segera, air mineral, tetapi tidak mencukupi," kata Encik Mustafa, 23 tahun, seorang penduduk di kampung Gasol, kepada agensi berita AFP.

Beliau baru saja menggali timbunan runtuhan rumah jirannya yang sudah lanjut usia, mengeluarkan timbunan pakaian, kemudian pergi mengambil bantuan beras, tong gas serta kuali untuk menggoreng.

"Kami tidak mempunyai pakaian dan ganti baju sejak beberapa hari, jadi menggali timbunan runtuhan ini untuk mencari pakaian," katanya.

Lebih 58,000 orang kehilangan tempat kediaman akibat gempa itu, sekitar 1,000 orang cedera dan 151 lagi dilaporkan masih hilang.

Lebih separuh daripada bilangan mereka yang ditemui mati belum dapat dikenal pasti, menurut agensi rundingan bencana kebangsaan (BNPB ) semalam.

Pemerintah telah mengirimkan peralatan khemah dan lain-lain bekalan ke Cianjur, untuk dibahagikan kepada mereka yang kehilangan tempat kediaman.

Pihak tentera pula telah mengerahkan 12,000 askar semalam untuk membantu usaha-usaha menyelamat.

"Bagi mereka yang dipindahkan... keperluan asas hidup harus dijamin, bekalan air, makanan, tidak boleh diabaikan," kata ketua BNPB, Encik Suharyanto, dalam satu sidang akhbar semalam.

"Anak perempuan saya demam dan dia tidak boleh makan. Ramai kanak-kanak dan orang-orang tua di sini.

"Kanak-kanak memerlukan susu, lampin, makanan dan ubat," kata Cik Unisa Yuliani, 30 tahun.

Cik Dede Masliyah, seorang mangsa gempa berusia 45 tahun, yang tinggal di khemah sementara, berkata mereka yang terselamat masih belum menerima bantuan dan bermalam dalam hujan lebat.

"Kami kekurangan makanan dan ubatubat. Kami amat memerlukan khemah yang bagus kerana ramai kanak-kanak dan bayi di sini," katanya lagi.

"Khemah bocor apabila hujan. Ada lebih 60 orang yang berteduh di sini. Kami tidak menerima bantuan bekalan yang diagihkan."

Indonesia sering mengalami kejadian tanah runtuh dan banjir semasa musim tengkujuh yang sudah bermula dan akan memuncak menjelang Disember ini di Jawa Barat.

Ribut diramalkan berlaku di Cianjur dalam minggu-minggu mendatang dan hujan juga sudah mula turun semalaman semalam.

Agensi kaji cuaca memberi amaran, kota Cianjur mungkin mengalami bencana lagi, selepas gempa dan tanah runtuh yang telah memusnahkan kediaman dan meragut nyawa orang-orang yang tersayang yang tertimbus di bawah runtuhan. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3