KES DERA BUDAK LIMA TAHUN
Mangsa hanya makan keropok di rumah
Ibu tiri arah guru tadika usah beri makan kerana 'sakit kulit'
Jul 03, 2015 | 05:30 AM
PASIR MAS: Badan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, lima tahun, hanya dipenuhi dengan luka dan lebam.
Ketika di rumah dia hanya diberi makan keropok lekor dan air kosong. Bagaimanapun apabila berada di tadika, dia akan makan dengan banyak.