Mangsa kedua mati akibat virus misteri di Wuhan
Jan 18, 2020 | 05:30 AM
HONG KONG: Pihak berkuasa China telah melaporkan kematian kedua berpunca daripada virus misteri yang telah menyebabkan puluhan orang sakit di bandar Wuhan, manakala Thailand telah menemui kes kedua melibatkan koronavirus baru itu.
Pihak berkuasa kesihatan Wuhan melaporkan lewat kelmarin bahawa seorang lelaki berusia 69 tahun, yang jatuh sakit pada 31 Disember, meninggal dunia Rabu lalu di Hospital Wuhan Jinyintan di wilayah Hubei setelah simptomnya menjadi lebih teruk pada 4 Januari, dengan tuberkulosis pulmonari dan kerosakan beberapa fungsi organ.