KORBAN akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Arab Saudi terus meningkat dengan seorang lagi maut akibat Mers, membawa jumlah korban kepada 112 orang sejak September 2012, menurut Arab News.
Jumlah mereka yang dijangkiti Mers pula mencapai 411 orang.
Dari sekitar 14 kes Mers yang disyaki, empat tidak menunjukkan sebarang simptom, lima dalam keadaan stabil dan sedang dirawat dan lima lagi dirawat di unit jagaan rapi di hospital-hospital setempat.
Di Riyadh pula, dua wanita dan empat lelaki, berusia 27, 47, 55 dan 77 tahun, telah dijangkiti koronavirus Mers.