Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa rempuhan kereta di Melbourne meninggal

Dec 30, 2017 | 04:13 PM



MELBOURNE:   Seorang lelaki warga tua yang cedera dalam kes rempuhan kereta di    Melbourne, Australia, minggu lalu telah meninggal dunia, kata polis pada  Sabtu (30 Dis).



Dengan ini,   satu daripada 18 tuduhan cuba membunuh yang dikenakan ke atas pemandu kereta itu, Saeed Noori,  dijangka diubah kepada  pembunuhan.



Noori, seorang warga Australia asal Afghanistan yang mempunyai sejarah penyalahgunaan  dadah dan masalah mental, dituduh merempuh  keretanya melewati sebuah simpang   sibuk di Flinders Street pada 21 Disember, melanggar  pelancong dan pembeli-belah.



Dia telah dikenakan   18 tuduhan cuba membunuh  tetapi kini menghadapi sekurang-kurangnya satu tuduhan membunuh setelah Encik Antonios Crocaris, seorang warga Australia berusia 83 tahun, meninggal dunia akibat kecederaannya pada  Jumaat (29 Dis).



Enam lagi mangsa masih   di hospital.



“Seorang lelaki telah meninggal dunia selepas kejadian di Flinders Street pada 21 Disember lalu di mana beberapa pejalan kaki dilanggar oleh sebuah kenderaan,” kata polis negara Victoria.



“Detektif skuad pembunuhan dijangka menaikkan salah satu tuduhan itu kepada pembunuhan.”



Sembilan warga asing  antara  yang cedera dalam kejadian tersebut, termasuk dari Korea Selatan, China, Italy, India, Venezuela, Ireland, dan New Zealand.



Polis berkata   tiada bukti ditemui bahawa Noori ada kaitan dengan kumpulan pengganas.



 Mahkamah Majistret Melbourne mendengar   Rabu lalu bahawa dia mungkin mengalami masalah psikiatri atau mengalami penyakit tidak didiagnosis.



Noori   akan kembali ke mahkamah pada 30 Mei. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >