BEIJING: Jumlah kematian akibat keruntuhan hotel yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin koronavirus di timur China meningkat kepada 29 pada hari Khamis (12 Mac) sedang mangsa terakhir dikeluarkan, kata pihak berkuasa.
Puluhan mangsa yang hidup ditarik keluar dari Hotel Xinjia enam tingkat di bandar pantai Quanzhou, yang runtuh pada malam Sabtu (7 Mac) memerangkap 71 orang di bawahnya.
Lebih 40 orang cedera dalam kemalangan itu, dengan 27 ditemui mati dalam runtuhan dan dua mati kemudian daripada kecederaan mereka, menurut media negara.
Kementerian pengurusan kecemasan China berkata mayat mangsa terakhir itu ditemui pada pagi Khamis (12 Mac). - AFP
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Mangsa terakhir dikeluarkan dari hotel kuarantin China yang roboh, jumlah kematian kini 29
Mar 12, 2020 | 02:14 PM