Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU TUNTUTAN PULAU DI LAUT CHINA SELATAN

Manila gesa Beijing hormati keputusan tribunal

Jul 15, 2016 | 05:30 AM



MANILA: Filipina semalam menggesa China agar menghormati keputusan tribunal antarabangsa yang menolak tuntutan China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, dan berkata pihaknya akan membangkitkan isu itu di sidang puncak serantau.



Setiausaha Luar Filipina, Encik Perfecto Yasay, akan menghadiri persidangan dua hari Asia-Eropah dikenali sebagai Asem bermula hari ini di Mongolia bersama Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang.



"Setiausaha Yasay akan berbincang mengenai agenda Asem, pendekatan Filipina terhadap isu Laut China Selatan yang aman dan berasaskan undang-undang dan perlunya kedua-dua belah pihak menghormati keputusan terkini itu," kata jabatan hal ehwal luar negara Filipina dalam satu kenyataan.



Kenyataan itu adalah reaksi paling tegas Filipina menyusuli keputusan mahkamah timbang tara di The Hague Selasa lalu yang mengisytiharkan tuntutan China ke atas Laut China Selatan yang strategik dan kaya sumber tidak mempunyai asas undang-undang.



China berikrar mengabaikan keputusan itu, dan menyifatkan tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak punya bidang kuasa ke atas kes berkenaan dan menuduhnya berat sebelah.



China sebelum ini memberi amaran kepada mana-mana pihak bahawa keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) berhubung isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan akan mencetuskan konflik yang lebih besar di rantau Asia dan mengancam zon pertahanan udara di kawasan tersebut.



Amaran itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Luarnya, Encik Liu Zhenmin.



Menurut Encik Liu, Beijing memiliki hak membina zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) di kawasan terbabit walaupun perkembangan itu memberi kuasa kepada pihak tentera China bertindak ke atas pesawat asing.



Malah tegasnya, pembinaan zon pertahanan itu bergantung kepada tahap ancaman yang diterima oleh Beijing dan negara lain tidak boleh mengambil peluang melemparkan tuduhan terhadap China.



"Jangan jadikan konflik di Laut China Selatan sebagai permulaan yang akan mencetuskan peperangan. Tujuan China adalah mahu menjadikan Laut China Selatan sebagai kawasan yang aman, mencetuskan jalinan persahabatan dan kerjasama," katanya sambil menyifatkan keputusan PCA itu sebagai "membuang masa".



Nada sama turut dilontarkan oleh Duta China ke Amerika Syarikat, Encik Cui Tiankai, yang mempersoal kesan buruk yang bakal timbul akibat keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara.



"Keputusan terbabit pasti meningkatkan lagi ketegangan dan konflik selain mencetuskan lebih banyak konfrontasi," katanya.



China mendakwa mempunyai hak ke atas Laut China Selatan kerana Beijing sebagai negara pertama meneroka, menamakan dan mengeksploitasi wilayah itu selain menuntut hampir keseluruhan kawasan berkenaan menggunakan peta yang dilakar pada 1940-an.



Tuntutan China itu bertindih dengan tuntutan yang dikemukakan oleh beberapa negara lain termasuk Filipina, Malaysia, Vietnam, Brunei dan Taiwan.



Manila yang sebelum ini dipimpin oleh Presiden Benigno Aquino mengemukakan kes tuntutan tersebut pada 2013 selepas China menguasai wilayah Terumbu Scarborough yang merupakan kawasan perikanan dalam zon eksklusif Filipina dan terletak jauh dari China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >