Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt, meninggal

Nov 11, 2015 | 03:30 PM



BERLIN: Mantan canselor Jerman Barat, Encik Helmut Schmidt, 96 tahun, yang memimpin negara itu selama lapan tahun semasa kemuncak Perang Dingin, meninggal dunia pada Selasa (10 Nov), umum pejabat beliau.


Mendiang Encik Schmidt memimpin Jerman Barat (yang kemudian bercantum dengan Jerman Timur dan menjadi Jerman ) dari 1974 hingga 1982 sedang ia meningkat menjadi kuasa ekonomi global besar, sebelum beliau tewas kepada tokoh konservatif, Encik Helmut Kohl.


Seorang anggota puak tengah Parti Demokratik Sosial, beliau mengemudi negaranya melalui gelombang keganasan berdarah oleh puak kiri radikal daripada Kumpulan Tentera Merah, mempromosi ekonomi pasaran bebas dalam kalangan partinya dan mewakili politik pragmatik dalam rantau Eropah yang berpecah dek Tirai Besi.


Para pemimpin Eropah memuji mendiang sebagai arkitek kerjasama antarabangsa dan integrasi Eropah pascaperang yang memainkan peranan penting dalam membentuk Eropah moden sejak Perang Dingin.


Media melaporkan beliau menghidap jangkitan selepas pembedahan bagi mengeluarkan darah beku dari kaki beliau kira-kira dua bulan lalu.


Beliau meninggal di rumahnya di Hamburg. Isteri mendiang, Cik Hannelore 'Loki' Schmidt, meninggal dunia pada 2010.


Encik Schmidt mempunyai hubungan kukuh dengan Singapura, dan mengadakan lawatan rasmi ke sini bersama isterinya pada 1970-an dan 1980-an.


Beliau kawan rapat Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, yang dipanggilnya 'Harry Lee'. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >