Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Mantan menteri luar dijangka dilantik PM baru Jepun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Mantan menteri luar dijangka dilantik PM baru Jepun

Sep 30, 2021 | 05:30 AM

TOKYO: Mantan menteri luar Jepun, Encik Fumio Kishida, dijangka dilantik sebagai pengganti Yoshihide Suga sebagai perdana menteri negara itu, setelah memenangi pilihan raya dalaman Parti Demokratik Liberal (LDP) semalam.

Dewan Rendah Parlimen (Diet) akan bersidang Isnin ini bagi anggota parlimen memilih perdana menteri ke-100 Jepun.

Gabungan LDP mempunyai majoriti di kedua-dua dewan Parlimen, menjadikan proses itu satu formaliti.

Encik Kishida, 64 tahun, mengalahkan menteri bagi pembaharuan pentadbiran dan vaksinasi, Encik Taro Kono, 58 tahun, dalam dua pusingan undian semalam, lapor The Straits Times.

Dengan 429 undi dipertaruhkan pada pusingan kedua - 382 anggota parlimen parti dan 47 wilayah masing-masing mendapat satu undi - Encik Kishida memenangi 257 undi, mengalahkan Encik Kono yang memperoleh 170 undi.

Ini selepas pusingan pertama pengundian yang menampilkan dua calon lain - mantan menteri hal ehwal dalaman Cik Sanae Takaichi, 60 tahun, dan bekas menteri kesamaan jantina, Cik Seiko Noda, 61 tahun.

Dalam pusingan pertama itu, Encik Kishida mendapat 256 undi sementara Encik mendapat 255.

Di tempat ketiga adalah Cik Takaichi yang memperoleh 188 undi Cik Noda di kedudukan terakhir dengan 63 undi.

Encik Kishida bakal memimpin LDP untuk menghadapi pilihan raya umum yang harus diadakan pada November ini, setelah tempoh empat tahun Dewan Rakyat berakhir pada 21 Oktober. Namun, masih menjadi tanda tanya sama ada pengundi akan menyokong Encik Kishida.

Ini memandangkan Encik Kono selalu mendapat undi popular tertinggi dalam beberapa tinjauan pendapat sebagai pilihan orang ramai untuk menjadi perdana menteri pilihan mereka.

Satu tinjauan oleh Nikkei dan TV Tokyo menunjukkan Encik Kono sebagai pilihan utama 46 peratus responden, dan 45 peratus dalam tinjauan berasingan kendalian Mainichi Shimbun.

Encik Kishida berada di tempat kedua dengan 17 peratus dalam tinjauan Nikkei, dan berada di tempat ketiga di belakang Cik Takaichi dalam tinjauan Mainichi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3