Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan PM Kemboja, Putera Norodom Ranariddh, meninggal dunia

Nov 28, 2021 | 11:06 PM



PHNOM PENH: Mantan Perdana Menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh meninggal dunia di Perancis, jelas Menteri Penerangan Kemboja, Encik Khieu Kanharith kepada agensi berita Reuters.



Usia mendiang adalah 77 tahun.



Parti politik di-rajanya memenangi pilihan raya pada 1993, disingkir pada 1997 dalam satu kudeta oleh rakan kerajaan campuran dan pesaing Hun Sen, yang kekal sebagai Perdana Menteri Kemboja selama lebih 20 tahun selanjutnya.



Encik Kanharith menjelaskan maklumat pemergian Putera Ranariddh itu diterima daripada istana di-raja Kemboja.



Putera Ranariddh adalah anggota keluarga di-raja Kemboja yang paling cenderung dalam bidang politik sejak dekad-dekad terakhir ini. Mendiang terus memimpin Parti Funcinpec di-raja bagi bertanding dalam pilihan raya bertahun selepas dipinggirkan.



Namun pada 2017, mendiang mengecewakan pesaing Encik Hun Sen dengan mengatakan tiada pilihan lain kecuali bekerjasama dengan Encik Hun Sen, yang telah secara berkesan mengetepikan semua parti pembangkang dan bergerak dalam Parlimen satu parti.



Putera Ranariddh muncul dari bayangan bapanya yang berkarisma, Raja Norodom Sihanouk, dan memimpin parti Funcinpec untuk mencapai kejayaan yang mengejut dalam undian bersejarah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993 yang  tamat lebih sedekad sejak perang sivil berlaku di Kemboja.



Selepas mendiang memenangi undian itu, Putera Ranariddh kemudian tenggelam dan dipinggirkan oleh lelaki yang beliau pilih untuk berkongsi kuasa, Encik Hun Sen, pemimpin bekas kerajaan Komunis. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >