Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan presiden China Hu Jintao tinggalkan dewan di sesi penutup kongres CPC

Oct 22, 2022 | 09:05 PM



BEIJING: Bekas Presiden China, Hu Jintao dilihat beredar meninggalkan majlis penutup Parti Kongres Komunis hari ini, kata beberapa wartawan AFP yang berada di acara tersebut.



Tokoh berusia 79 tahun itu pada awalnya dilihat keberatan untuk meninggalkan majlis ketika duduk di barisan hadapan bersama ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro di Dewan Besar Rakyat Beijing.



Beliau yang duduk di sebelah Presiden Xi Jinping dilihat bercakap sebentar dengan Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang selepas seorang pegawai bercakap dengannya.



Kemudian, pegawai itu mengiringi bekas presiden itu keluar.



Encik Hu yang bersara pada 2013 muncul dalam majlis pembukaan kongres Ahad lalu.



Kongres Parti Komunis China yang melabuhkan tirainya hari ini, membayangkan Presiden Xi Jinping kemungkinan akan meneruskan kepimpinannya bagi penggal ketiga.



Majlis penutup di Dewan Agung Rakyat itu, dihadiri 2,300 delegasi parti.



Kongres lima tahun sekali itu akan menentukan keputusan rombakan kepemimpinan tertinggi parti.



Encik Xi dijangka akan mengumumkan setiausaha agung parti yang baharu esok, selepas tamat mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baharu dilantik dianggotai 200 pegawai paling kanan parti.



Ini akan membuka ruang kepada Encik Xi untuk memerintah buat penggal ketiga sebagai Presiden China, susulan pengumuman sesi legislatif tahunan kerajaan pada Mac lalu.



Sebelum ini, beliau memansuhkan had dua penggal presiden pada 2018, sekali gus membuka jalan untuknya memerintah selama-lamanya.



Jinping, 69 tahun, seperti dijangka akan dipilih sebagai setiausaha agung sekali gus membuka jalan baginya untuk kekal menerajui republik itu selaku presiden sehingga penggal ketiga.



Memetik laporan media kerajaan Xinhua, kira-kira 200 pegawai kanan parti dipilih menganggotai Jawatankuasa Pusat baharu sejurus selepas jam 11 pagi semalam, namun tiada senarai penuh ahli didedahkan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >