Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan wanita pertama Indonesia jalani rawatan barah di Singapura

Feb 14, 2019 | 02:19 PM



JAKARTA: Mantan wanita pertama Indonesia, Ani Yudhoyono dilaporkan sedang menjalani rawatan bagi barah darah di Hospital Universiti Nasional Singapura, sejak 2 Februari lalu.



“Dengan rasa prihatin, saya ingin memaklumkan rakan-rakan saya di negara ini, bahawa Puan Ani (Yudhoyono) disahkan mengidap sakit barah darah,” kata bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dalam satu sidang video di Singapura. 



Yudhoyono yang terkenal dengan panggilan SBY berkata, beliau akan berada di Singapura bagi menemani isterinya sepanjang tempoh rawatan berkenaan.



Beliau berkata, isterinya, sudah menerima rawatan di Singapura sejak 2 Februari lalu atas nasihat pasukan perubatan presiden Indonesia.



“Bagi pihak Puan Ani dan ahli keluarga SBY, saya memohon semua rakan mendoakan supaya isteri saya, Puan Ani atau Ani Kristiani Herawati segera sembuh, dan beliau dapat menjalankan semula aktiviti hariannya di dalam negara,” kata Yudhoyono.



Pada masa sama, beliau turut menyatakan penghargaan kepada Presiden Joko Widodo dan pemerintah Indonesia, terutama pasukan perubatan presiden atas segala bantuan serta perhatian mereka bagi merawat isterinya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >