Marah ditahan, pemohon suaka bakar pusat pendatang di Greece
Jun 08, 2016 | 05:30 AM
ATHENS: Puluhan pemohon suaka membakar pusat pendatang di Pulau Chios, Greece, semalam, kerana marah mereka ditahan di sana, kata sumber polis.
Kira-kira 40 pemohon suaka membakar dua khemah besar yang dibina kumpulan kemanusiaan dan juga tong sampah di pusat Souda itu, kata sumber itu, sebagai bantahan terhadap permohonan yang lambat diproses.