Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Marcos Jr, anak diktator Filipina dijangka menang besar

May 08, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Anak lelaki mendiang diktator Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr yang dijadual berucap kepada ratusan ribu penyokongnya pada hari terakhir kempen pilihan raya presiden semalam, dijangka bakal mencatat kemenangan besar.



Tinjauan menunjukkan beliau kini menuju ke arah kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.



Kemenangan dijangka diketahui Isnin ini, akan meneruskan usaha sejak beberapa dekad lalu untuk memulihkan kembali legasi Marcos yang digulingkan pada 1986 dan keluarganya diletakkan dalam buangan Amerika Syarikat (AS) di Hawaii.



Namun keyakinan Encik Ferdinand Marcos Jr untuk kembali ke istana presiden mula mencemaskan aktivis hak asasi manusia, pemimpin gereja dan penganalisis politik yang bimbang beliau boleh memerintah tanpa sekatan.



Seramai 10 calon bersaing untuk menggantikan Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, dalam pilihan raya yang dilihat ramai sebagai detik penting kepada demokrasi Filipina.



Kembalinya legasi Marcos ke puncak kuasa politik Filipina didorong oleh kemarahan orang ramai terhadap rasuah dan kemiskinan yang berterusan di bawah pemerintah yang mengikut pemerintahan diktator.



Tinjauan menunjukkan Encik Marcos Jr akan memenangi lebih separuh undi, yang akan menjadikannya calon presiden pertama dalam era pasca Marcos untuk memperoleh majoriti mutlak.



Penganalisis memberi amaran keputusan sedemikian membawa kepada kelemahan proses semak dan imbang dalam demokrasi, lebih banyak rasuah dan percubaan untuk merombak perlembagaan 1987 termasuk kemungkinan menghapuskan had satu penggal untuk presiden.



"Sekiranya dia menang besar, itu boleh memberinya keyakinan dan momentum untuk mengubah sistem politik Filipina secara lebih radikal," kata penganalisis, Richard Heydarian.



Pentadbiran terdahulu, termasuk Encik Duterte, sudah cuba meminda perlembagaan yang digubal selepas Marcos digulingkan pada 1986, namun mereka tidak mempunyai sokongan mencukupi di Kongres untuk meneruskan perubahan.



Namun tinjauan terbaru oleh Pulse Asia Research menunjukkan Encik Marcos Jr memperoleh 56 peratus, 33 mata peratusan di hadapan saingan terdekatnya, Cik Leni Robredo, yang menewaskan beliau dalam saingan Naib Presiden pada 2016.



"Margin kemenangan sedemikian akan memberikan Marcos Jr kuasa untuk mentadbir dengan cara yang Duterte mahu," kata seorang lagi pemerhati politik Filipina. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >