Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masa untuk rentas M'sia sudah semakin hampir: Ismail Sabri

Kadar 90% vaksinasi ditetap sebelum boleh rentas negeri bagi pastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama
Oct 05, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah menetapkan kadar 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran yang sama.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya percaya tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.



"Dulu ada janji 80 peratus boleh rentas negeri, kenapa tiba-tiba jadi 90 peratus? Kita lihat apabila 80 peratus, kita lihat banyak negeri yang peratusannya masih kecil.



"Kalau kita buka seluruh Malaysia kita tidak mahu tinggalkan negeri yang masih kecil peratusan vaksin.



"Jadi sebab itu kita tunggu 90 peratus kerana kita percaya apabila 90 peratus, setiap negeri sudah 80 peratus lebih.



"Saya percaya ramai nak balik kampung. Sesetengah itu sudah setahun lebih tidak tengok ibu bapa mereka. Setengah ibu bapa tak sihat," katanya pada wawancara khas yang disiarkan secara langsung semalam.



Kelihatannya, langkah penetapan ini semakin hampir ke sasarannya dengan 87.6 peratus atau 20,513,168 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat kelmarin.



Perkembangan itu menyaksikan berbaki 2.4 peratus bagi mencapai 90 peratus sejajar janji kerajaan membuka semula kelonggaran rentas negeri yang disekat sejak Januari lalu.



Pada masa sama, Perdana Menteri turut memahami ramai individu mahu pulang ke kampung dan malah beliau sendiri pernah melalui situasi sama sebelum ini.



"Saya tahu kalau arwah mak saya dulu, kalau tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis kalau telefon saya.



"Ramai saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dulu. Kita faham tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan," katanya.



Menerusi laporan portal COVIDNOW semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah populasi dewasa sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos pula sebanyak 94.3 peratus bersamaan 22,081,548 juta orang.



Sementara itu, jumlah remaja yang sudah lengkap pelalian ialah 3.5 peratus bersamaan 108,826 orang dan jumlah remaja yang sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin terus meningkat kepada 55.7 peratus.



Secara keseluruhan pula, jumlah populasi negara yang sudah mendapatkan pelalian lengkap masing-masing ialah 63.1 peratus atau 20,621,994 orang menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).



Bagi kes kematian pula, seramai 14 orang dilaporkan meninggal dunia menjadikan keseluruhan kematian dicatatkan ialah seramai 26,683 sehingga setakat 11.59 malam kelmarin.



Dalam pada itu, sebanyak 62.5 peratus pelajar berusia antara 12 hingga 17 tahun di seluruh negara sudah menerima dos pertama vaksin sehingga semalam.



Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 7.4 peratus pelajar sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.



"Bagaimanapun, Selangor mencatatkan peratusan pemberian vaksin yang agak rendah berbanding jumlah keseluruhan dengan 30.8 peratus menerima dos pertama, manakala 3.3 peratus pula sudah lengkap menerima suntikan dos kedua.



"Labuan pula mencatatkan peratusan menerima vaksin paling tinggi bagi golongan pelajar berkenaan dengan lebih 90 peratus peratus sudah menerima suntikan vaksin dos pertama dan 25.4 peratus pula sudah lengkap menerima dos kedua," katanya semalam.



Dengan kadar vaksinasi semakin mencapai sasaran, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, ditutup secara rasminya malam kelmarin.



Keputusan itu diambil selepas sebahagian rakyat negara ini sudah menerima vaksinasi.



Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kewujudan PPV mega sudah mencapai matlamatnya untuk memberi vaksin kepada rakyat dalam jumlah yang besar setiap hari.



"PPV mega seperti WTCKL ini sudah mencapai matlamat dan hari ini kita tutup PPV yang paling banyak memberikan vaksinasi di Malaysia.



"Kita juga pada masa ini sedang menutup PPV lain secara berperingkat mengikut keperluan di sesebuah kawasan," katanya selepas secara simbolik menutup pintu PPV AstraZaneca Malaysia di WTCKL malam kelmarin. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >