Masagos bincang tindakan iklim antarabangsa dalam dialog di Berlin, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Masagos bincang tindakan iklim antarabangsa dalam dialog di Berlin

Jun 21, 2018 | 05:30 AM

MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah berada di Berlin, Jerman pada 17 hingga 19 Jun lalu bagi menghadiri dialog iklim yang melibatkan menteri dari seluruh dunia.

Menurut Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), Dialog Iklim Petersburg (PCD) kesembilan itu membincangkan tindakan iklim antarabangsa dan pelaksanaan Perjanjian Paris.

Dialog itu diadakan menjelang Persidangan ke-24 Pihak Rangka Kerja Konvensyen mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-24) pada Disember ini.

Seramai 35 menteri dari seluruh dunia telah diundang bagi dialog bertemakan 'Merubah Bersama bagi Peralihan Adil' itu untuk membincangkan aspek sosial dalam tindakan iklim.

Acara itu turut dihadiri Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, yang menggesa negara untuk mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sementara itu, Encik Masagos pula telah berucap mengenai keperluan memelihara kewibawaan dan keseimbangan Perjanjian Paris, menggalakkan pihak untuk mencapai matlamat perjanjian tersebut, dan garis panduan yang pragmatik.

"Sedang Perjanjian Paris merupakan detik penting dalam tindakan iklim global, banyak negara yang akan menghadapi masalah dalam peralihan kepada ekonomi karbon rendah," tulis Encik Masagos di Facebook kelmarin.

Singapura akan memanfaatkan teknologi dan inovasi supaya kekal berdaya tahan dalam sekitaran global berubah.

Perancangan Perubahan Industri (ITM) Perkhidmatan Sekitaran membentangkan peluang bagi kerjaya baru dalam ekonomi hijau.

"Kita harus merebut peluang ini awal," kata Encik Masagos.

Di acara itu, beliau juga telah menemui pemimpin dan menteri dari pelbagai negara termasuk dari Jerman, Poland, Fiji, Maldives, Mexico, Jepun, dan Habsyah.

Encik Masagos juga dijadual menghadiri Kementerian mengenai Tindakan Iklim (MoCA) kedua di Brussels, Belgium, semalam hingga hari ini yang akan berdasarkan perbincangan di PCD.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map