WASHINGTON: Tentera Udara Amerika Syarikat melarang puluhan jet pejuang 'stealth' F-35 beroperasi menyusuli isu bekalan oksigen dalam pesawat.
"Pasukan ke-56 yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Luke di Arizona akan terus menangguhkan sesi penerbangan menggunakan pesawat F-35A bagi memudahkan proses analisis dan komunikasi antara juruterbang, penyenggaraan, pasukan perubatan, tentera dan pakar industri," kata jurucakap tentera udara, Mejar Rebecca Heyse, dalam kenyataan.