Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masjid di Christchurch akan dibuka semula bagi solat Jumaat

Mar 21, 2019 | 02:34 PM



CHRISTCHURCH - Masjid Al Noor di Christchurch yang berlubang-lubang dek kesan peluru sedang diperbaiki, dicat dan dibersihkan sebelum solat Jumaat esok (22 Mac), sedang keluarga mangsa mengebumikan lebih ramai mangsa kejadian tembakan terburuk di New Zealand itu.



Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan bahawa azan esok akan disiarkan di peringkat kebangsaan dan akan ada tafakur selama dua minit.



Polis bersenjata telah mengawasi masjid di sekitar New Zealand selepas 50 orang terbunuh Jumaat lalu oleh seorang lelaki bersenjata yang menyerang jemaah di dua masjid di Christchurch.



"Kami akan hadir esok untuk memberi jaminan kepada orang yang menghadiri solat Jumaat," kata polis dalam satu kenyataan hari ini.



"Polis telah bekerja tanpa henti, melakukan segala-galanya dalam kuasa kami untuk mengumpulkan semua bukti yang sesuai daripada tapak jenayah supaya kami dapat membenarkan orang ramai kembali ke masjid secepat mungkin."



Kedua-dua masjid yang diserang, Masjid Al Noor dan Masjid Linwood yang berdekatan, merancang buka semula. 



Ribuan jemaah dijangka di masjid Al Noor, tempat kebanyakan mangsa terbunuh. 



Kebanyakan mangsa adalah pendatang atau pelarian dari negara seperti Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turkey, Somalia, Afghanistan dan Bangladesh. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >