Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masjidil Haram mula guna AI lancarkan ibadah Ramadan

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



MAKKAH: Masjidil Haram mula menggunakan sepenuhnya aplikasi kecerdasan buatan (AI) termaju untuk melancarkan operasi menerima kunjungan jemaah pada Ramadan tahun ini.



Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais, berkata usaha pemodenan terhadap pelan operasi terbesar dalam sejarah Masjidil Haram ini diaktifkan selepas setahun kajian dan perancangan dijalankan.



Melalui operasi ini, jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah, kata beliau lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).



Selain itu, sebanyak 230 ruang solat di Masjidil Haram akan dibuka untuk menerima kunjungan jemaah sepanjang Ramadan tahun ini.



Katanya, semua pintu, termasuk di bahagian Masjidil Haram yang sudah menjalani proses naik taraf sebanyak tiga kali, sudah dibuka bagi memastikan kelancaran proses keluar masuk jemaah sepanjang bulan itu.



Pintu khas untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) turut disediakan pihak masjid bagi memudahkan urusan golongan itu.



Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Am Operasi dan Penyelenggaraan Masjidil Haram, Encik Fares bin Mafouz Al Saedi, berkata pihaknya meningkatkan kecekapan dan tenaga operasi aset Masjidil Haram untuk memastikan penyelenggaraan di masjid itu pada tahap optimum, bagi mewujudkan suasana selesa dan selamat bagi jemaah. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >