SABAK BERNAM (Selangor): Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi semalam.
Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal yang mereka naiki terbabas kelmarin, lapor Harian Metro Online semalam.