May dijangka sentuh isu Brexit, jadikan Britain lebih terbuka

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May akan menggunakan ucapan pentingnya tentang Brexit minggu ini untuk menggesa warga negara itu supaya bersatu dengan visi menjadikan Britain sebuah negara yang lebih terbuka kepada dunia, kata pejabat beliau semalam.

Cik May dijadualkan berucap esok di hadapan para hadirin yang merangkumi diplomat asing selain pasukan rundingan Brexit dan para pegawai kanan lain, kata satu kenyataan pejabat Downing Street.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan