May hadapi kelewatan bentuk kerajaan baru

LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, menghadapi kelewatan dalam membentuk kerajaan barunya, selepas bakal sekutunya berkata perjanjian mereka ditangguh berikutan kebakaran maut blok menara kediaman di ibu kota itu kelmarin.

Pemimpin Konservatif itu kehilangan majoriti parlimen dalam pilihan raya minggu lalu dan kini terdesak mencari sokongan daripada 10 anggota parlimen daripada parti ultrakonservatif, Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP).

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan