May kalah lagi di Parlimen dalam undian Brexit
AP Britain kini perlu putuskan Britain tinggalkan EU tanpa perjanjian; atau Brexit ditangguhkan
Mar 14, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, mengalami satu lagi kekalahan besar selepas perjanjian Brexit lebih baik yang dicapai beliau bersama pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada saat-saat akhir, ditolak Parlimen Britain kelmarin malam.
Ia ditolak dengan 391 Anggota Parlimen (AP) menentang dan 242 menyokong.