Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat 2 beradik ditemui duduk bersebelahan dalam rumah terbakar

Jul 16, 2019 | 08:05 AM



BANTING: Mayat dua beradik ditemui pegawai bomba dalam keadaan duduk bersebelahan di bilik tidur rumah mereka yang terbakar di Kampung Endah baru-baru ini.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata dua remaja itu, Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 15 tahun, dan adiknya, Nur Ain Sumayyah, 13 tahun, dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu.



“Kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam bilik tidur mereka di bahagian depan rumah. Menurut saksi, mereka memang didengar meminta tolong dan saksi cuba membantu tetapi tidak dapat kerana api marak dengan cepat.



“Mayat kakak dan adik ini ditemui berada sebelah-menyebelah,” katanya.



Tambahnya, ketika kejadian itu, hanya mangsa berdua berada di rumah.



Ibu bapa mereka berada di kedai makan dan sedang menyediakan makanan bagi pegawai bomba yang bertugas memadam api di Pulau Indah.



Punca kejadian sedang disiasat. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >