Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat Jong-nam diterbangkan ke China

Mar 30, 2017 | 04:40 PM



PETALING JAYA (Selangor): Mayat warga Korea Utara, Kim Jong-nam, kini dalam proses penghantaran pulang ke China, dengan jenazah jenis Toyota Hiace yang dipercayai membawa mayat mendiang dilihat memasuki Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.47 petang tadi, lapor Berita Harian Malaysia.



Sejurus tiba, kenderaan itu terus melalui pintu pagar automatik untuk pemeriksaan sebelum menuju ke bahagian kargo.



Difahamkan, mayat Jong-nam akan dibawa ke Beijing, China menerusi pesawat Malaysia Airlines MH360 yang dijangka berlepas jam 6 petang ini.



Sebelum ini, mayat Jong-nam dikatakan tiba di KLIA pada pukul 12.30 tengah hari sebelum dijadualkan dibawa naik pesawat penerbangan nasional pada pukul 6.25 petang.



Bagaimanapun, mayat mendiang dilaporkan dikembalikan ke rumah mayat HKL disebabkan oleh 'isu teknikal',



Jong-nam yang juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara mati dibunuh pada 13 Februari lalu oleh dua wanita asing yang menggunakan agen saraf VX dengan menyapu bahan kimia berbahaya itu di muka mangsa.



Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika mangsa sedang menunggu penerbangan ke Macau.



Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol seperti di dalam pasportnya, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. - BHM, mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >