Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat keempat mangsa tanah runtuh Pulau Pinang ditemui, tiga masih hilang

Oct 20, 2018 | 06:27 PM



GEORGE TOWN: Mayat mangsa tanah runtuh keempat ditemui pagi tadi (20 Oktober), manakala tiga mangsa lain dipercayai masih tertimbus. 



Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Bahtiar, 36 tahun, seorang warga Indonesia, yang ditemui tidak jauh daripada mayat mangsa ketiga yang ditemui sebelum itu, menurut Bernama yang menukil kata-kata pegarah Jabatan Bomba Pulau Pinang (JBPM), Saadon Moktar. 



Tanah runtuh tersebut berlaku di tapak binaan Jalan Bukit Kukus pada 1.56 petang Jumaat lalu selepas hujan lebat turun sekitar 24 jam, dan kesemua empat mangsa yang ditemui sejauh ini adalah pekerja asing. 



“Mayat keempat ditemui sekitar 11.30 pagi dan kami mengeluarkannya sekitar 11.55 pagi. Ia dijumpai sekitar 20 hingga 30 meter daripada tempat dimana mayat ketiga ditemui,” kata Saadon kepada pihak media di tapak kejadian tersebut, menurut Bernama. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >