Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat mangsa rempuhan Mina Iran dibawa pulang

Oct 03, 2015 | 07:20 PM



TEHRAN - Kumpulan mayat pertama jemaah Iran yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina tiba di negara itu hari ini - sembilan hari selepas tragedi itu mencetuskan kemarahan dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi.


Presiden Hassan Rouhani dan para pemimpin kanan Iran telah menghadiri upacara penghantaran balik 104 mayat itu, yang merupakan antara sekurang-kurangnya 464 warga Iran yang terkorban dalam rempuhan pada 24 September lalu.


"Jika terbukti bahawa beberapa pihak (berkuasa) didapati bersalah dalam insiden ini, kami tidak akan memaafkannya," kata Presiden Rouhani dengan nada yang suram.


Beliau diiringi para pemimpin kehakiman dan parlimen serta ketua staf dari pejabat pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei.


Presiden Rouhani telah meminta supaya satu suruhanjaya siasatan diadakan dan telah menyalahkan Arab Saudi kerana pengurusannya yang tidak cekap.


"Semua negara Islam mesti belajar mengapa tragedi ini berlaku," kata beliau.


Pihak berkuasa Saudi masih belum memberikan pecahan warga 769 jemaah yang meninggal dunia namun negara-negara yang terbabit telah pun mengumumkan kematian warga mereka.


Kiraan daripada para pegawai asing dan media 24 negara menunjukkan bahawa jemaah yang terkorban seramai 1,036 orang - lebih tinggi daripada perangkaan korban Saudi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >