Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali ditemui

Dec 24, 2022 | 06:00 PM



BATANG KALI: Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui hari ini (24 Dis).


Difahamkan, mayat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 4.53 petang di Sektor A (Hill View) yang menjadi tumpuan utama pencarian sejak Jumaat (23 Dis).

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.


Difahamkan, majoriti mangsa yang disahkan maut sepanjang operasi sejak tragedi berkenaan berlaku seminggu Jumaat lalu ditemukan di sektor berkenaan.


Berdasarkan maklumat, 19 daripada 30 mayat mangsa sebelum ini ditemukan di Sektor A (Hill View), manakala 10 di Sektor C (Riverside) dan seorang di Sekstor B (Farm View).


Dalam kejadian pada 2.42 pagi pada 16 Disember lalu, seramai 92 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh dengan 31 disahkan maut termasuk mangsa terbaru yang ditemui hari ini.


Selain itu, 60 lagi disahkan selamat.– BHM

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >