Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat reput budak 5 tahun yang hilang ditemui di gaung Hulu Kelang

Aug 19, 2016 | 02:45 PM



KUALA LUMPUR: Bapa seorang budak lelaki yang hilang menyifatkan pembunuh anaknya kejam dan tidak berperikemanusiaan selepas badan reput Noor Amila Edrus Norsham, lima tahun, ditemui dalam gaung.



Encik Norsham Jalil, 63 tahun, membuat laporan selepas anaknya tidak pulang ke rumah mereka di Perumahan Awam Jinjang Utara.



Noor Amila dilihat kali terakhir berhampiran sebuah masjid di Rumah Panjang Jinjang Utara, dekat rumahnya, pada kira-kira 7.20 malam pada 11 Ogos.



Mayatnya ditemui pada 2 petang Khamis (18 Ogos), kira-kira seminggu selepas dia hilang, apabila suspek utama kes itu membawa polis ke sebuah gaung di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.



Kes itu diklasifikasikan semula sebagai penculikan selepas suspek - abang ipar tiri Noor Amila, 25 tahun - ditangkap pada Isnin (15 Ogos) bagi membantu siasatan.



Encik Norsham berkata beliau dimaklumkan mengenai penemuan ngeri badan anaknya oleh kawan-kawannya ketika beliau berada di Sepang pada petang Khamis.



"Saya berdoa kepada tuhan supaya sesiapa saja pembunuhnya, dia akan mendapat balasan selayaknya. Apa penyerang itu lakukan adalah tidak berhati perut.



"Kami benar-benar berasa kehilangan. Anak saya seorang budak baik, dia pandai membaca Al-Quran, rajin solat dan secara tetap pergi ke masjid sejak berusia empat.



"Biasanya, ibu atau abangnya akan menemaninya, tetapi saya rasa ini sudah nasib," kata Encik Norsham di bilik mayat pada Khamis malam.



Selepas menerima berita itu, beliau bergegas ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.



"Saya tidak dapat melihat anak saya tetapi dia dikenal pasti berdasarkan apa yang dia pakai. Kami diberitahu oleh doktor bahawa tubuhnya reput teruk," katanya.



Dipercayai bahawa tubuh Noor Amila, anak kelapan daripada sembilan adik-beradik, dicacatkan sebelum dibuang ke dalam gaung. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >