Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat suami, isteri ditemui dalam bagasi di Shah Alam

Aug 30, 2019 | 05:43 PM



KUALA LUMPUR - MAYAT sepasang suami isteri warga Malaysia telah ditemui dalam dua bagasi berasingan di Shah Alam.



Mereka dipercayai telah dibunuh.



Mayat wanita yang dikenali sebagai Cik Tan Siew Mee, 52 tahun, ditemui oleh dua pekerja syarikat telekomunikasi yang sedang memeriksa kabel bawah tanah di Shah Alam, Selangor, sekitar 5.30 pagi pada Isnin (26 Ogos).



Seorang daripada mereka mendapati bau busuk dari bagasi berwarna coklat gelap dalam sebuah longkang.



Beliau juga mendapati darah berdekatan bagasi itu, dan boleh melihat rangka manusia di dalamnya.



Apabila beliau membuka bagasi tersebut, beliau mendapati kepala Cik Tan dibalut dengan beg plastik hitam.



Beliau terus menelefon polis.



Hasil bedah siasat terhadap mayat Cik Tan mendedahkan pengurus restoran di Subang Jaya itu telah ditikam sebanyak 13 kali di bahagian dada dan perut.



Terdapat juga luka kelaran di lehernya.



 Pihak berkuasa percaya beliau telah dikelar menggunakan senjata tajam.



"Punca kematian adalah akibat luka-luka yang dialami mangsa di perut. Mangsa dipercayai (telah mati) lebih daripada 72 jam sebelum mayatnya ditemui pada Isnin," kata ketua polis Shah Alam, Encik Baharudin Mat Taib.



Encik Baharudin juga mendedahkan bahawa rakan Cik Tan telah membuat laporan polis pada Sabtu (24 Ogos) selepas gagal menghubunginya.



Percubaan menghubungi suami Cik Tan oleh teman yang sama juga gagal.  



Selepas penemuan mayat Cik Tan, polis telah memberkas dua orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kematian Cik Tan.



Suspek kemudian membawa polis ke mayat suami Cik Tan, Encik Lim Ah Kee. 



Mayat Encik Lim juga ditemui di dalam sebuah bagasi yang dibuang di Shah Alam.



Encik Baharudin berkata suspek merupakan warga asing, yang dipercayai telah menyewa rumah mangsa.



Pihak polis masih menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >