Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat wanita ditemui dekat serpihan helikopter hilang di Sarawak

May 06, 2016 | 02:42 PM



KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita ditemui di tapak sebuah helikopter, yang membawa seorang timbalan menteri mabinet Malaysia, dipercayai terhempas pada Khamis (5 Mei), kata pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat.



"Pada 12 tengah hari, Jabatan Bomba dan Menyelamat mengesasn mangsa pertama tidak jauh dari tempat serpihan ditemui,", kata pengarah Jabatan Bomba dan Menyelamat Sarawak, Encik Nor Hisham Mohammad, kepada The Star Online.



Helikopter AS350 dengan enam penumpang itu, termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, hilang sekitar 4.30 petang Khamis dalam penerbangan ke Kuching dari Betong, sebuah bandar kecil di timur Sarawak, di tengah-tengah kempen pilihan raya negeri yang panas.



Serpihan - peranti pengapungan, kerusi, bahagian daripada pintu, bilah pemutar dan dinding - yang dipercayai dari helikopter tersebut ditemui pada 9.50 pagi Jumaat berhampiran sebatang sungai luas dikenali sebagai Batang Lupar, umum kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media pada pagi Jumaat.



Nahas itu berlaku hanya beberapa hari sebelum pilihan raya Sarawak pada Sabtu ini (Mei 7), dengan para menteri Malaysia di negeri itu berkempen sepenuhnya.



Semasa taklimat media itu, Datuk Seri Najib berkata pihak berkuasa tidak boleh membuat kesimpulan bahawa semua penumpang dan juruterbang terkorban kerana mereka tidak dikesan.



Selain Datuk Noriah, yang juga Anggota Parlimen (AP) Sungai Besar, turut berada dalam helikopter itu ialah suaminya, Encik Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha kementerian itu, Dr Sundaran Annamalai; AP Kuala Kangsar yang juga Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad; pegawai peribadi Ahmad Sobri Harun; dan juruterbang Rudolf Rex Ragas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >